Thursday 29 March 2012

y2k

Assalamualaikum, hey guys!

Haa, korang tau maksud y2k?

y2k = years 2 thousands atau tahun 2000

ni terjadi masa tahun 2000 lah,
masa tu umur aku 3 tahun,
ni cikgu aku yang cerita tadi masa KH,
masuk tahun 2000,
kemungkinan semua data dalam semua komputer hilang pasal orang yang buat komputer ni set hari sampai tahun 2000 je,
malam 31 Disember 1999,
cikgu aku dia citer, dia kerja part-time dengan Plus, cari duit sikit masa dekat U
so, cikgu aku nampaklah semua orang tunggu depan komputer masing-2,
takut data dalam komputer dorang hilang sebab dah takde hari,
malam tu buat countdown

3

2

1

0

BOM!!!
haha, bukan bom,
lepastuh tengok-2 balik data-2 tu ada ADA,

p/s : conclusion, tak payah takut sangat dengan dunia sekarang ni, budak-2 sekarang ramai dah makan garam sangat dah dengan komputer, nak hack orang pon dorang tahu macam mana, ada sorang kawan aku tu aku takut sikit pasal dia tu 24 jam duduk dekat siber kafe, sekarang ni dia yang hack facebook kawan-2 aku, tapi aku kalau dekat facebook dia bagi link ke hape ke, selalunya aku ignorekan aje, haha, facebook aku dah 2 tahun start aku buat dari form 1 sampai sekarang form 3 alhamdulillah okey lagi aku pakai, tu je mau citer, kbye Assalamualaikum =)




Tuesday 27 March 2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR

Assalamualaikum, hey guys!

Harini aku nak citer sikit pasal pagi tadi dekat bengkel,
bengkel ni untuk semua budak tingkatan tiga KAA1, KAA2 dengan kelas 3A,
aku kelas 3A selalu dengan 3B tapi ni bengkel menjawab soalan cikgu buat 3 kelas yang depan sekaliarunglah,
kelas kiteorg tak biase sangat dengan budak kelas KAA sebab kalau pecah kelas selalu dgn 3B,
apepon pagi tadi, lepas perhimpunan terus pegi bilik PPSMI,
satu bilik tu mana lah muat 3 kelas,
aku datang lambat so kena ambik kerusi dari kelas lain lah,
dah dapat kerusi nak duduk sebelah geng-2 aku dorang duduk belakang lah pulak,
aku ni dah lah rabun, dorang pon malas sikit nak salin-menyalin,
so, aku duduk lah depan dengan budak KAA 2 kalau tak silap aku,
sebelah aku Zahin, sebelah dia lagi Amar,
Amar tu tuisyen dekat Senai, so budak-2 senai kadang-2 tanye aku pasal Amar lah,
haritu tu masa aku nak balik rumah dari sekolah naik motor,
aku dengar ada orang panggil nama aku,
rupanyer si Qhaiyyul,
dia cakap nak tumpang naik motor dengan aku, aku okey aje lah,
masatu dia citer lah sikit dekat aku pasal si Amar tu,
dia cakap Amar tu gay, suka raba-2 orang
aku pon dengan Amar tu kawan tapi tak rapat sangat,
sekali aku duduk sebelah dia masa dalam bengkel ni sengsara siot!
yang Zahin tu okey je dengan aku, yang Amar tu dah cuit peha aku,
aku masatu diam aje la, fokus
lepastu si Zahin ni tanye aku jam pukul berapa?
dia pegang lah jam aku, si Amar pulak pegang lembut tangan aku,
aku tarik la tangan aku tu balik,
gila ape budak ni? :p
lepastu rehat aku citer dekat geng-2 aku, dorang suroh aku duduk belakang dengan dorang,
tapi takpe lah aku duduk depan sebab nak belajar,
aku duduk je depan dengan dorang,
lepas rehat teknik menjawab soalan Sejarah,
mungkin Sejarah boring kot sebabtu dia tengok aku,
first dia tengok aku, aku tengok dia balik dengan mata serius aku, dia tunduk,
lepastu kali ke-2 dia pandang aku, aku tanye lah kenape? tapi dia diam je
yang si Zahin ni senyum-2 tengok Amar sebab tengok aku camtuh,
lepastu aku tak tengok dia, aku buat bodoh je,
dah habis masa Sejarah, dia cakap aku ni sombong,
sombong kependenya, aku tanye kenape bukan nak jawab lepastu cakap aku ni sombong,
lepastu semua sekali duduk dalam bilik tu sampai cikgu lain masuk ganti,
masa cikgu tengah cakap dekat depan, dia cuit lengan aku,
aku tanye lah knape, dia diam lagi
aku tak tau lah apa yang sedang bermain di fikiran dia tu.

p/s : Budak sekarang, budak sekolah agama pon boleh terniat nak buat camtuh? kalau budak kelas lain aku marah lah dia, ni budak KAA, Kelas Aliran Agama kot buat camtuh, mana iman dorang? Aku pon bukanlah kuat iman tapi untunglah jadi orang Islam, Islam ada ajar umatnya adab, batas pergaulan dengan orang lain. Tengok agama lain, agama lain tak pernah ajar, kalau ada pon time belajar Pendidikan Moral. Tak guna bergay-gay ni, ape yang kau dapat lelaki dengan lelaki? untung lelaki ada 9 akal 1 nafsu tapi tak gunakan dengan baik kan? Haa lu pikir lah sendiri, Assalamualaikum!


Thursday 22 March 2012

Budakk HOT!!!

Assalamualaikum.. hey guy ;)

Harini aku nak citer sikit pasal budak HOT!
siapa budak HOT tu?
hoho, aku lah orang yer tu :)
harini lah ada budak panggil aku budak hot,
start dari masa KH,
buku aku lupa nak amik dekat atas, harini guna buku teks pulak, tu yang cikgu suruh amik buku teks
seingat aku lah, time nak naik dekat kelas aku terdengar ada budak cakap ' budak hot! '
aku diam terus je naik masatu,
sampai dekat kelas aku cari lah buku KH aku tu,
tengok-2 takde, aku lupa bawak rupanyer,
lepastu aku pinjam lah dari budak perempuan cina tu buku dia,
sampai dekat bengkel aku tengok dia bagi buku KH tingkatan 2 ea,
mak aii, aku dah takut-2, aku pon tukar buku dengan kawan aku yang duduk dekat belakang,
lepastu aku pulangkan balik buku budak tu,
actually aku nak citer yang lepas rehat tapi takpe lah,
lepas rehat time PS,
cikgu suruh buat pembetulan ujian 1,
aku siap awal lepastu cikgu suroh aku pegi kelas 3D,
cikgu suruh aku cakap dengan aneera suroh bawak buku komsas,
lepastu ada budak perempuan kelas 3D tu panggil aku ' budak HOT '
aku pon sebenarnya tak sangka yang dia tegur aku pasal aku dengan dia selalu dekat facebook je tu pon sebab aku like status dia,
nama femes dia amy tapi aku taktau nama penoh dia ape
lepastu aku keluar dari kelas tu aku tengok kelas sebelah tak ramai orang sangat,
aku tengok kawan aku, Fahmi
lepastu dia cakap aku budak hot,
aku terkejut sebenarnya gila lah masetu pasal ramai yang panggil aku budak hot
time nak balik tu amy tu selalu tunggu geng dia dekat tangga,
aku ingat nak sembunyi-2 lah belakang dia nanti dia tak perasan aku,
mula-2 dia pandang kanan, lepastu dia nampak budak lelaki lalu belakang dia pandang kiri pulak,
mati-2 aku bole lari dari dia rupanyer dia perasan aku pulak,
dia cam beg aku kot,
slow je dia cakap budak hot time balik tu,
pergh, memang gila lah tadi, geng-2 dia senyap je dia yg bising panggil aku :)
okey lah, aku citer ni dekat awek aku pon kena marah
tu je untuk harini, kbye, Assalamualaikum =)

Add me in facebook :-

- Uzair Adha
- Uzair Adha II

Saturday 17 March 2012

Ketua kelas

Assalamualaikum, hey guys!
Kali ni aku nak share lah pasal aku jadi kk
aku jadi kk masa darjah 1 sekolah agama,
darjah 4 dgn 5 sekolah kebangsaan,

                      =>    Hah! cerita masa aku darjah 1, tak banyak citer sangat masa sekolah agama,
pasal aku ni pendiam orangnya, hoho :]
tapi ada citer lah sikit masa skolah kebangsaan,
masa akhir tahun lah panggil gila kelas aku,
memang bising gila,
aku ganti kk pasal ape entah, lupa lah
memang masatu belambak lah kertas bawah meja aku budak-2 ni tulis nama siapa yang bising,
alah, yang selalu budak-2 buat tu,
buat huruf ' T ' besar-besar,
satu tulis ' L ', satu lagi tulis ' P',
yang bising tu kawan-kawan aku jugak,
tak guna punyer kawan! hoho :]

  =>     hmm, masa darjah 2 dgn 3 aku nakal sikit,
belajar pon entah kemana, tapi nasib baik setiap tahun masuk kelas pertama :3,
time darjah 4 dengan cikgu Kasmawati okey lah,
aku ingat lagi dia pilih aku jadi kk sebab nama aku sedap, hoho :]
time darjah 4 ni lah paling kecoh,
sebab dalam kelas aku ade hantu, :O
entah lah, aku pon tak sure sangat hantu ke hape nyer,
dulu kelas aku tu bilik seni, sekarang dah takde jadi kelas aku,
dekat belakang kelas ada 2 bilik terkunci dari dalam,
bilik tu lah yang kawan-2 aku cakap ada hantu,
rasa macam pintu tu bergegar,
lepas tu, ada lah sorang mamat ni yang selalu pkai songkok ni, Aiman Md Shah pegi check
start lah merapu dia cakap ni ada kaitan dgn kematian siapa entah masetu, hoho :]
tapi sebelum tu aku kenal dengan budak drjh 5 dgn 6 sebab dorang nk couple dgn budak kelas aku,
yang drjh 5 tu rapat lah jugak dengan aku,
yg lagi satu tu selalu buli aku je,
last sekali aku tau jugak siape yg buat,
hah! ceteka-2
rupanyer budak darjah 6 tu yang buat,
masatu rehat, aku main-2 dgn kawan-2 dengan belakang tu,
lepastu dgar lagi pintu tu bergegar,
aku nampak ada bayang hitam dekat tepi cermin tu,
aku pon keluar kelas tengok, dia dengan kawan dia yang buat,
tapi sekarang bila dah tak buat lagi pasal UPSR kot, hoho :]

                                              =>     lepas tu, masa darjah 5 ni extrem sikit,
aku jadi kk lagi sebab cikgu yg sama,
pagi-2 aku kena hantar attendend,
ada stu hari tu,
ada sorang mamat ni keluar kelas
aku pon keluar lah kejar dia balik,
masatu waktu KT, cikgu Ismail , cikgu disiplin :0
time tu dia keluar kelas sampai aku kejar dia dekat kantin,
lepastu dia patah balik,
belakang dia cikgu Ismail lah, aku dekat belakang cikgu Ismail,
aku pon jalan lelaju, bagi salam, teros mencecet masok kelas,
sampai kelas macam biasa lah,
tak silap aku dia tak bawak buku kot,
lepastu cikgu cakap dengan dia ' kau ingat aku tak nampak kau main kejar-2 dgn kk? '
aku senyap je masetu,
sampai sekarang aku ingat peristiwa tu, hoho

PEACE YOW! CHILL LA BRO :)
okey lah, tu je yang aku nak share sepangjang aku,
sekarang sekolah menengah tanak jadi kk lagi dah,
pasal tanggungjawab mesti lagi berat kan?
hoho, klah tu je
Assalamualaikum





Tuesday 13 March 2012

Lagu

Assalamualaikum
hoho, update lagi,
ni aku nak ucapkan ribuan ' THANKS ' lah kepada yang tolong aku letak lagu dalam blog ni,
mereka adalah : Nur Fathira Aimi :]
haa ~ , tu dia senyum-2 tu, haha :]
apepon layan lah lagu tu,
sekarang ni aku letak lagu orang putih dulu,
nanti ada lagi masa, aku letak lagu melayu pulak yang best-2,
ni playlist yang bakal korang dengar:-

1. One in a Million - Ne-yo
2. My Love - Justin Timberlake
3. Begging - Madcon
4. Nothing on You - Bruno Mars
5. Give me everything - Pitbull, Ne-yo, Afrojack, Nayer

Enjoy :]
Nanti setiap kali aku post, aku letak lagu yang sesuai
kbyeee, Assalamualaikum :]

Pabila Dia Bercerita

Assalamualaikum, hey stalk !

Hmm, ni lah entry aku yang pertama,
Aku nak cerita lah sikit macam mane aku boleh dapat idea nak 'pabiladiabercerita' ni,
selama ni aku buat blog ingatkan nak guna ni lah,
tapi orang cakap dengan aku suroh tulis name aku sendiri je, tak best bukan? hoho :]
Blog ni cerita pasal aku, something that is private and public lah jugak
hmm, kalau sesiape yang dah jumpa aku dekat luar lah aku ni macam mane,
kalau yang belum pernah jumpa aku tu ni lah aku nak cerita sikit,

Aku ni agak pendiam, pemalu dan selalu senyum di depan halayak ramai, hoho :]
Kalau dekat perempuan lagi lah jangan cakaplah,
diam tak terkata, hoho :]
Kawan-2 aku cakap kalau aku bercerita ni gebang gila,
tapi dah cerita betul, aku melakonkan balik je reaksi tu, dorang dah tergelak-2, hehe :]
kadang-2 aku lupa aku tokoh tambah laa sikit-2 :]

And lagi satu, aku ni kuat berangan lah jugak,
Port aku berangan selalunya :
1. Dalam toilet
2. Sebelum tidur
3. Boring and sorang-2
4. Depan cermin
5. Dalam kereta (jalan jauh)

Aku selalu berangan pasal benda yang nak terjadi atau benda yang dah lepas :3
tapi, tak salahkan budak kecik berangan? hoho :]
Klahhh, tu je aku nak cakap, ni cuti seminggu ni insyaAllah lah aku update setiap hari :]
kbyeee, Assalamualaikum

Monday 12 March 2012

My Profile

Introduce ...

NAMA :  Mohamad Uzair Adha Bin Semail
UMUR  :  14 tahun ( bulan 4 ni 15 )
SEKOLAH :  SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, Kulaijaya
T. TINGGAL :  Senai, JB
T. LAHIR :  HOSPITAL KULAI, JB
HOBI :  Layan Facebook, Main PS2, Tengok tv, Jalan-2 naik motor, Baca buku kalau dah bosan sangat
CITA  :  Chef :]
HARAPAN  :  skor 8A dalam PMR !!! InsyaAllah :]

Assalamualaikum , MY NEW BLOG !!!

hoho , tanyalah kenape?
ni dah kali 3 aku buat blog , sebelum ni lupa password lah,
asyik berfacebook-facebooker je kan, sampai lupa dekat blog aku, hoho
tapi kali ni aku nak simpan betul-2 siap tulis email dekat phone lagi tau,
HOHO !!!

apepon aku ni kira budak mentah lagi lah dalam blog ni, apepon salah silap harap ada oranglah nak ajar yaa ! chill :D